Tentang ICT Penang |
||||
Inisiatif pengumpulan usahawan Bumiputera di Pulau Pinang bermula sejak tahun 2003 lagi yang mana sebuah Jawatankuasa Eksekutif Usahawan ICT ditubuhkan sebagai salah satu cabang pembangunan usahawan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMM-PP), yang dipengerusikan oleh Saudara Rizal Faris Mohideen bin Abdul Kader yang ketika itu merangkap Pengerusi Dewanmuda DPMMPP (Rizal Faris dilantik sebagai Yang Dipertua DPMMPP pada 2007). Bagaimanapun, untuk membolehkan entiti tersebut bergerak dengan lebih aktif selari dengan perkembangan industri ICT, sebuah entiti bebas ditubuhkan pada tahun 2007 dengan pengganggotaan ahli-ahli daripada 20 buah syarikat, dan Saudara Mohamed Azmi bin Aboo Haniffa telah dipilih melalui Mesyuarat Agung Penaja (APRIL 2007) sebagai Presiden Persatuan. Saudara Mohd Ansari Abdul Rahman pula dipilih sebagai Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Penaja yang pertama. Mesyuarat Agung Pertama yang telah diadakan pada 13 MEI 2009 menghasilkan Jawatankuasa terkini seperti berikut:- PENASIHAT YBhg Dato' Hj Faudzi Naim bin Hj Noh PRESIDEN En. Mohamed Azmi bin Aboo Haniffa TIMBALAN PRESIDEN En. Dzulkafli bin Jalil SETIAUSAHA KEHORMAT En. Mohamed Nasir bin Md Sobri BENDAHARI KEHORMAT Pn. Farehan binti Dato' Hj Faudzi Naim AJK:-
Setakat JUN 2010, ICT Penang dianggotai oleh usahawan-usahawan daripada lebih 70 buah syarikat dan perniagaan. |
![]()
Keanggotaan penuh ICT Penang dibuka kepada semua perniagaan milik Bumiputera (atau dengan milikan 51% untuk syarikat Sdn Bhd atau Berhad) mahupun individu Bumiputera termasuk para pelajar lepasan sekolah menengah dengan kebenaran institusi masing-masing. Yuran masuk adalah seperti berikut:-
Yuran tahunan adalah seperti berikut:-
Apakah Visi & Misi ICT Penang? |
|||
This free website was made using Yola.
No coding skills required. Build your website in minutes.
Go to www.yola.com and sign up today!
Make a free website with Yola