Misi & Visi

Fungsi ICT Penang adalah:-

(1) Mengerat, menyatukan hubungan dan kerjasama di kalangan ahli-ahli supaya dapat bersaing dengan baik dalam perniagaan.

(2)   Memantapkan jaringan perniagaan kepada ahli-ahli dan meneroka peluang-peluang perniagaan.

(3)   Memberi peluang kepada ahli-ahli untuk bersuara mewakili semua bagi pembentukan polisi dan sebagainya.

(4)  Sebagai tempat untuk mendapatkan khidmat nasihat, sokongan dan latihan untuk usahawan / bakal usahawan Melayu yang terlibat dalam bidang teknologi maklumat, multimedia dan komunikasi atau yang berkaitan dengannya.

(5) Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dalam bentuk promosi, forum, dialog, pameran serta khidmat sosio-ekonomi dan perkembangan ilmu dalam bidang tersebut.

(6)   Bekerjasama dengan lain-lain persatuan / pertubuhan yang seiringan, jabatan-jabatan serta agensi-agensi yang berkait rapat.

(7)   Merebut peluang-peluang yang disediakan bagi kepentingan ahli-ahli dalam bentuk kewangan, kebajikan dan membantu dalam apa-apa hal bagi urusan kemudahan ahli dari segi perundangan dan kepentingan ahli dan industri ini.

Wawasan ICT Penang adalah untuk memperkasakan usahawan tempatan terutamanya usahawan Bumiputera dengan ilmu (idea) dan perangkaian strategik untuk mempertingkat daya maju masing-masing selain menambahkan bilangan usahawan baru berdaya sedia di kawasan masing-masing mahupun di peringkat global.

Untuk itu, ICT Penang akan menumpukan pembinaan di bidang media dan pendidikan dengan matlamat jangka masa panjang untuk menubuhkan sebuah akademi latihan keusahawanan dan institusi media utama di Pulau Pinang dan cawangan satelit untuk rangkaian lebih luas.

Ikuti ICT Penang >>>

This free website was made using Yola.

No coding skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola